Ahmad Said Kesal Kes Dera Kanak-kanak Masih Berlaku

KUALA TERENGGANU, 23 April (Bernama) — Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat lebih peka dan berharap kejadian penderaan ke atas kanak-kanak tidak berulang.

Beliau mengulas kes Mohd Danish Aiman Abdullah yang berumur dua tahun setengah yang dilaporkan didera oleh teman lelaki ibunya sehingga dia koma dan terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Katanya ibu kanak-kanak malang terbabit atau sesiapa yang mengetahui mengenai kes sedemikian perlu melaporkannya kepada pihak polis.

Beliau turut kesal kerana ini bukan pertama kali mangsa dilakukan sedemikian rupa.

Menurut Ahmad, berdasarkan laporan doktor, Mohd Danish telah didera berulang kali berdasarkan kesan lama dan parut yang terdapat di badan kanak-kanak itu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s