Kejayaan Program Transformasi Bantu Pertumbuhan Ekonomi Terengganu – Sultan

KUALA TERENGGANU, 23 April (Bernama) — Persekitaran ekonomi negara yang semakin baik berikutan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi dan inisiatif polisi makroekonomi kerajaan Pusat, memberi impak positif kepada persekitaran kondusif pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah keadaan itu menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu pada tahap pertumbuhan 4.5 peratus tahun lalu dengan jumlah pelaburan tempatan RM531.98 juta yang memberi peluang pekerjaan kepada 1,664 orang.

Titah baginda, jumlah pelaburan asing sebanyak RM1.087 bilion turut menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,701 orang.

Sepanjang tahun lepas, empat projek besar diluluskan iaitu projek Bioteknologi CJ-Arkema, projek besi keluli Eastern Steel Sdn Bhd, projek pallet Besi Perwaja Steel Sdn Bhd dan projek silika TRG Industrial Minerals Sdn Bhd.

“Jika persekitaran ekonomi ini dapat bertahan, dijangka KDNK Terengganu akan mencapai pertumbuhan 4.5 peratus hingga 5 peratus pada tahun ini,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Isnin.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s