PPNT pusat kumpul sarang burung walet

Pusat Pengumpulan Sarang Burung Walet di Pejabat PPNT Manir dekat Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU 23 April – Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) mewujudkan sebuah pusat pengumpulan sarang burung walet sejajar dengan perkembangannya sebagai suatu perusahaan bernilai tinggi.

Pengarahnya, Shamsuddin Mat Rani berkata, ia bagi memudahkan kira-kira 1,700 pengusaha sarang burung di negeri itu untuk memasarkan hasil tuaian mereka dengan kadar harga semasa.

“Harga semasa kini mencecah RM1,800 sehingga RM2,300 sekilogram dan dijangka akan terus meningkat memandangkan ia mendapat permintaan tinggi pada masa ini.

“Ia membolehkan para pengusaha menjual hasil mengikut harga pasaran semasa dan ia lebih telus jika dibandingkan dengan menjual pada orang perseorangan yang ada kala membelinya dengan harga lebih rendah daripada sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Pembukaan Pusat Pengumpulan Sarang Burung Walet di Pejabat PPNT Manir dekat sini semalam.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri, Ashaari Idris.

Shamsuddin menambah, industri burung walet pada masa ini berkembang pesat di mana anggaran pengeluaran hasil sebanyak 1,000 kilogram (satu metrik tan) dengan nilai mencecah RM1.6 juta sebulan.

Jelasnya, sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 480 buah premis yang didaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri telah dijadikan penempatan burung walet berkenaan.

“Daripada jumlah itu, 150 buah merupakan premis kedai dan 330 buah lagi premis rumah sebuah dan ia melibatkan seramai 228 orang pengusaha Melayu, manakala 252 orang pengusaha berbangsa Cina,” ujarnya.

Beliau juga berharap, melalui 15 wakil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang telah dilantik sebagai ajen pembeli dapat memudahkan pengusaha di seluruh negeri itu memasarkan hasil pengeluaran mereka.

Tambahnya, pusat pengumpulan itu hanya mengkelaskan sarang burung walet kepada tiga gred sahaja iaitu gred A, gred B dan gred C iaitu yang mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya dari segi warna, bentuk sarang, ketebalan saiz serta ketinggian sarang.

“Buat masa ini, pusat ini hanya mengumpul hasil manakala kerja-kerja proses pembersihan kita hantar kepada syarikat Sialin Biotechnology Sdn. Bhd. di Johor dan saya harap selepas ini lebih ramai lagi pengusaha dapat mendaftar dengan PPNT,” jelasnya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s