Naib Canselor baru mahu UMT pada tahap terunggul

Aziz Deraman (kiri) menyerahkan dokumen kepada Ibrahim Komoo pada Majlis Penyerahan Tugas di UMT Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 24 April – Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baru, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berazam menerajui institusi itu sebagai salah satu universiti terunggul di rantau ini.

Beliau berharap dapat bergandingan dengan warga akademik, pentadbiran dan pelajar untuk menghadapi cabaran, memanfaatkan peluang dan menterjemahkan segala perancangan.

Ibrahim yang terkenal dalam bidang alam sekitar dan sumber asli menegaskan, pengalaman akademik dan hubungannya dengan pelbagai pihak akan dimanfaatkan sepenuhnya di sini.

“Sebagai permulaan, saya akan mengatur perjumpaan dengan warga kampus secara berperingkat untuk mendapatkan gambaran sepenuhnya mengenai perjalanan dan perkembangan UMT bagi membolehkan strategi pengurusan yang sesuai digerakkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas di UMT di sini baru-baru ini.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s