Projek Perikanan Komuniti Kg Air Tawar, Besut Mula Nampakkan Hasil

BESUT, 24 April (Bernama) — Projek Industri Perikanan Komuniti Kampung Air Tawar di sini yang dibangunkan dua tahun lalu kini muncul sebagai antara projek pengeluaran benih ikan kerapu dan siakap terbaik di negara.

Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur, Jabatan Perikanan Malaysia, Nik Ab Wahab Mat Diah berkata projek yang diuruskan oleh 300 penduduk tempatan itu mencapai matlamat penubuhannya sebagai pusat ternakan benih ikan laut yang produktif untuk pasaran dalam negara.

Katanya projek yang dimulakan dengan secara kecil-kecilan dengan hanya disertai sebilangan kecil penduduk itu kini berkembang melalui bimbingan kepakaran Jabatan Perikanan sehingga menghasilkan pendapatan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan kepada setiap pengusaha yang terbabit.

“Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perikanan yang mengelola projek ini memperuntukkan RM3 juta bagi menyediakan kemudahan asas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek itu di Kampung Air Tawar, Besut di sini Selasa.

Nik Ab Wahab berkata kejayaan yang dihasilkan oleh penduduk kampung berkenaan membuktikan industri akuakultur mampu dijadikan penyelamat kepada industri perikanan negara apabila lebih satu juta benih ikan berjaya dihasilkan melalui kegiatan asuhan benih pada tahun lalu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s