Terengganu Mungkin Tanpa Tiga Tonggak Tentang Kelab Vietnam Malam Esok

KUALA TERENGGANU, 24 April (Bernama) — Tiga tonggak utama pasukan Terengganu mungkin tidak dapat beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan Song Lam Nghe An dari Vietnam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok.

Mereka ialah penyerang Abdul Manaf Mamat, Abdul Syukor Jusoh dan kapten pasukan Sharbinee Allawee yang mengalami kecederaan ketika menentang Sime Darby dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu.

Ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris berkata bagaimana kedudukan Sharbinee akan diputuskan kelak sama ada dapat beraksi atau sebaliknya.

Katanya walaupun kehilangan tiga tonggak, beliau tetap akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik.

“Pada perlawanan malam esok, kita telah membuat beberapa perubahan dari segi permainan dan beberapa formasi baru.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s