Terengganu Rancang Bina 10,000 Rumah Mampu Milik, Kos Rendah Menjelang 2013

KUALA TERENGGANU, 24 April (Bernama) — Lima projek perumahan mampu milik melibatakan 678 unit rumah yang dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu berjaya disiapkan sejak tahun 2008 hingga tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sepanjang tempoh itu juga tiga projek perumahan kos rendah dengan 523 unit rumah berjaya disiapkan menjadikan keseluruhan 1,201 rumah disiapkan menerusi kedua-dua projek berkenaan.

Ahmad berkata kerajaan negeri bercadang membina kira-kira 10,000 unit rumah mampu milik dan rumah kos rendah dalam tempoh lima tahun bermula 2008 hingga 2013. Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dikemukakan wakil pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedua Belas yang bermula semalam.

“Ia melibatkan 43 projek dan kos lebih RM700 juta dengan pecahan mengikut daerah ialah 1,451 unit sedang dibina di Kemaman dan projek baru sebanyak 500 unit akan dimulakan tahun depan.

“Di daerah Kuala Terengganu, sebanyak 2,374 unit dibina kerajaan negeri, jumlah itu tidak termasuk 1,002 unit yang dibina kerajaan pusat di Padang Hiliran di sini, manakala untuk daerah Besut (1,245 unit), Setiu (133 unit), Marang (383 unit), Dungun (1,133 unit) dan Hulu Terengganu (626 unit),” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s