DUN Terengganu Cadang Zaitun Mat Amin Dilantik Anggota Dewan Negara

KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Rabu meluluskan usul supaya Ketua Wanita Umno Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman ketika membentangkan usul itu berkata Zaitun mempunyai kredibiliti, berilmu pengetahuan, kompetensi dan pengalaman luas untuk menjadi anggota Dewan Negara.

Usul itu dipersetujui majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari terakhir persidangan DUN Terengganu kali ke-12 di sini.

Zaitun akan menggantikan Senator Zainun Abu Bakar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Beliau bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan selain turut menjawat jawatan Bendahari Pergerakan Wanita Umno Terengganu dan pernah dinobatkan sebagai tokoh Belia Wanita 2005.

Jawatan lain yang disandangnya ialah sebagai Presiden Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Wawasanita), pengerusi Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (Serikandi) serta pengerusi Skuad Sayang Wanita Umno Terengganu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s