Kerajaan Terengganu Agih 14,959 Lot Tanah Sejak 2008

KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) — Kerajaan Terengganu telah meluluskan 14,959 lot tanah pertanian dan tapak rumah kepada penduduk negeri ini sepanjang tahun 2008 hingga 15 April lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata daripada jumlah itu sebanyak 5,166 lot merupakan tanah untuk pertanian manakala 9,429 lot pula untuk tapak rumah.

Beliau berkata sebanyak 1,186 lot pertanian dan 1,133 lot rumah diluluskan di daerah Besut, Dungun (131 tanah pertanian dan 2,934 tapak rumah), Hulu Terengganu (2,226 tanah pertanian dan 915 tapak rumah) dan Kemaman (640 tanah pertanian dan 1,877 tapak rumah).

Bagi daerah Kuala Terengganu sebanyak 78 lot diluluskan untuk tanah pertanian dan 1,333 tapak rumah, Marang (56 tanah pertanian dan 365 tapak rumah) dan Setiu (771 tanah pertanian dan 872 untuk tapak rumah).

“Pemberian tanah-tanah itu melibatkan kepada golongan muda, dewasa termasuk warga emas berusia 89 tahun,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Harun Taib (PAS-Manir) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini pada Rabu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s