Mohd Harris Salleh Ketuai Pasukan TSG Ke Tour De Borneo

KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) — Pelumba basikal negara Mohd Harris Salleh akan mengetuai pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) ke kejohanan lumba basikal Tour de Borneo yang julung kali diadakan pada 27 April hingga 1 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Hadi Hassan berkata TSG menyenaraikan lima orang pelumba termasuk Mohd Harris untuk membawa cabaran di kejohanan.

Empat lagi pelumba yang akan mengiringi Harris ialah Mohd Shahrul Mat Amin, Ahmad Faiz Abdul Kadir, Mohd Nor Umardi dan Muhammad Shobry Abdullah, yang diharap dapat mengharumkan nama Terengganu di kejohanan itu.

“Ini merupakan kejohanan kelima yang disertai TSG tahun ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Hadi berkata pelumba-pelumba itu dilatih jurulatih dari Perancis, Sebastien Duclos.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s