Terengganu Antara Negeri Pilihan Pelabur

KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) — Terengganu merupakan antara negeri pilihan pelabur di negara ini, menduduki tempat keenam pada 2010, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.327 bilion, demikian Dewan Undangan Negeri Terengganu diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Toh Chin Yaw berkata pada tahun 2011, Terengganu menduduki tangga kesembilan dengan pelaburan berjumlah RM1.391 bilion manakala sehingga Mac tahun ini ia menduduki tangga ketiga dengan pelaburan sebanyak RM1.167 bilion.

“Untuk menarik pelabur ke Terengganu, kerajaan menyediakan pelbagai insentif, selain mengadakan promosi mengenai kelebihan yang ada di negeri ini, terutama dari segi utiliti seperti bekalan air, elektrik dan juga pelabuhan, terutama di Kertih dan Kemaman.

“Kita juga mempunyai tanah berhampiran pelabuhan yang kita boleh tawarkan kepada pelabur,” katanya menjawab soalan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) yang bertanyakan jumlah kawasan industri yang diwujudkan di negeri ini serta kawasan yang berdaya maju.

Toh bagaimanapun menafikan dakwaan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang menyatakan Terengganu kurang tenaga mahir terutama dalam sektor minyak dan gas serta kekurangan kemudahan asas seperti lebuh raya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s