Terengganu Peruntuk RM50 Juta Pinjaman Perumahan Rakyat – Ahmad Said

KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu akan memperuntukkan RM50 juta sebagai dana pinjaman perumahan untuk rakyat yang tidak mempunyai penyata gaji bulanan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pinjaman akan diberi kepada 1,000 penerima dengan jumlah maksimum RM50,000 seorang, dengan kadar faedah lebih rendah dari kadar bank, kata beliau.

Beliau berkata kesukaran mendapatkan pinjaman perumahan dari bank menyebabkan masih ramai rakyat negeri itu tidak memiliki kediaman sendiri.

“Kebiasaannya, bank mengutamakan kakitangan kerajaan dan swasta sebagai pelanggan utama mereka kerana golongan ini mempunyai pendapatan tetap serta dijamin oleh kerajaan dan majikan masing-masing,” katanya.

Ahmad bercakap kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, Rabu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s