Majlis Galakan Bahasa Melayu, Program KPKK Martabatkan Bahasa Melayu

KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merangka penubuhan Majlis Galakan Bahasa Melayu dalam usahanya memartabatkan bahasa Melayu, yang merupakan bahasa kelima teramai digunakan di seluruh dunia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dipilih sebagai pusat menyelaraskan usaha memartabatkan bahasa Melayu serantau dengan kerjasama Kelantan dan Pahang.

“Terengganu dipilih sebagai pusat pengendalian Majlis Galakan Bahasa Melayu memandangkan Terengganu masih diselaputi nilai kemelayuan yang menebal.

“Jadi, adalah wajar Terengganu diberi peluang menjadi pusat menjayakan program ini (Majlis Galakan Bahasa Melayu) berdasarkan keistimewaannya tersendiri termasuk sejarah penemuan Batu Bersurat di negeri itu,” katanya.

Rais bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Forum Antarabangsa Bahasa Melayu ‘Memartabatkan Bahasa Melayu: Isu dan Pendekatan’ anjuran Fakulti Pembangunan Sosial UMT di kampus universiti itu di sini pada Khamis.

Turut hadir Naib Canselor UMT Datuk Prof Dr Ibrahim Komoo dan timbalannya, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Seramai empat panel menyertai forum berkenaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi UMT, Prof Dr Ibrahim Mamat.

Ahli panel berkenaan terdiri daripada Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Rusli Abd Ghani; Profesor UII Yogyakarta Indonesia Prof Akhmad Fauzy; Dekan Pertama Fakultas Interpretasi dan Translasi Hankuk University of Foreign Studies Korea Prof Dr Chun Tai-hyun dan pensyarah Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik Universiti Brunei Darussalam Dr Pengiran Mohamed Pengiran Damit.

Mengulas lanjut, Rais berkata KPKK akan membantu menerbitkan dokumentasi bahasa serantau termasuk penemuan Batu Bersurat di Terengganu untuk tatapan generasi akan datang.

Rais berkata beliau akan berbincang dengan naib-naib canselor universiti terlibat termasuk UMT dan universiti lain di rantau Asia Tenggara bagi menjalin hubungan kerjasama antara satu sama lain ke arah bahasa Melayu lebih ilmiah dan intelektual.

Beliau berkata Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa komersil yang mempunyai masa depan amat cerah.

Semua rakyat Malaysia dan bukan hanya kaum Melayu bertanggungjawab memperjuangkan keagungan bahasa Melayu, katanya.

“Selagi seseorang itu bernama Melayu, khusus bagi mereka dan juga semua warga Malaysia mesti memainkan peranan kerana ia adalah ‘lingua franca’ nasional.

“Malah Bahasa Melayu tidak boleh dipolitikkan sebagai bahasa kelompok. Waima apa-apa parti politik pun seperti DAP, PKR mahupun Umno, apapun mesti sayangkan pada Bahasa Melayu,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Bahasa & Kesusasteraan, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s