Panggung Bahasa Bakal Diwujudkan Untuk Martabatkan Bahasa Melayu – Rais Yatim

KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bakal mewujudkan program Panggung Bahasa dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu ke peringkat global.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Panggung Bahasa yang melibatkan komitmen beberapa buah institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijangka diwujudkan September ini.

Menurut beliau, kewujudan Panggung Bahasa dapat dijadikan pemangkin menarik minat golongan muda agar menyintai Bahasa Melayu menerusi pelbagai program kebudayaan yang akan disediakan.

“Antara program tersebut ialah penulisan skrip, teater serta kuiz berkaitan bahasa Melayu, teknik berpidato yang hebat dan sebagainya.

“Kita harap dengan adanya program panggung bahasa ini, ia dapat membantu mencungkil bakat di kalangan generasi baru agar mereka dapat berjinak-jinak dengan keindahan bahasa Melayu dan program ini dijangka dilancarkan selepas sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos nanti,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Forum Antarabangsa Bahasa Melayu ‘Memartabatkan Bahasa Melayu: Isu dan Pendekatan’ anjuran Fakulti Pembangunan Sosial UMT di kampus universiti itu di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Naib Canselor UMT Datuk Prof Dr Ibrahim Komoo dan timbalannya, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Beliau berkata selain UMT dan UKM, beberapa buah universiti tempatan lain turut dipilih bagi menjayakan program di bawah kelolaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta jabatan-jabatan berkaitan.

Empat anggota panel menyertai forum berkenaan yang dipengerusikan Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi UMT Prof Dr Ibrahim Mamat.

Anggota panel-panel berkenaan terdiri daripada Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Rusli Abd Ghani; Profesor UII Yogyakarta Indonesia, Prof Akhmad Fauzy; Dekan Pertama Fakultas Interpretasi dan Terjemahan Hankuk University of Foreign Studies Korea, Prof Dr Chun Tai-hyun dan Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik Universiti Brunei Darussalam Dr Pengiran Mohamed Pengiran Damit.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Bahasa & Kesusasteraan, Berita, Kesenian & Kebudayaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s