Terengganu antara terawal iktiraf peranan mufti

KUALA TERENGGANU 26 April – Terengganu merupakan antara negeri terawal yang telah menaikkan kedudukan mufti setaraf dengan ahli Exco kerajaan negeri sejak 2006 selain Perak dan Negeri Sembilan.

Bekas Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau adalah mufti pertama yang dinaikkan taraf sama seperti Exco kerajaan negeri Terengganu yang mana kerajaan negeri ketika itu di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurutnya, beliau mula dilantik sebagai mufti bermula April 2006 sehingga Mac 2008 selepas dipinjamkan sementara daripada jawatan asalnya sebagai Ketua Hakim Syarie Terengganu.

“Setelah tamat perkhidmatan sebagai mufti pada Mac 2008, saya kembali ke tugas asal sebagai Ketua Hakim Syarie negeri sehingga sekarang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau diminta mengulas usul Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia semalam untuk menaikkan kedudukan mufti agar setaraf dengan ahli Exco kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mufti akan menerima taraf, skim gaji dan pelbagai kemudahan yang dinikmati ahli Exco kerajaan negeri masing-masing.

Menurut Ismail, sewaktu menjadi mufti beliau menerima pelbagai kemudahan termasuk elaun penerbangan, elaun luar negara, kemudahan kenderaan dan sebagainya yang menyamai kemudahan yang dinikmati Exco kerajaan negeri.

“Daripada segi gaji mungkin berbeza kerana ia berdasarkan skim gaji mengikut gred semasa pegawai kerajaan. Tetapi ketika majlis-majlis rasmi kedudukan mufti adalah setaraf dengan ahli Exco kerajaan negeri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan sentiasa mematuhi segala arahan termasuk pekeliling jabatan yang dikeluarkan kerajaan Pusat termasuk soal kedudukan mufti.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s