46 Penyu Mendarat Dan Hasil Hampir 4,000 Biji Telur

KEMAMAN, 28 April (Bernama) — Sebanyak 46 Penyu Agar didapati mendarat dan bertelur di kawasan Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah dan sekitarnya di Kerteh serta menghasilkan kira-kira 4,000 biji telur bagi tempoh Januari hingga pertengahan April tahun ini.

Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata dari jumlah itu, sebanyak 10 sarang ditemui di kawasan Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah yang menghasilkan telurtabung sekitar 1,000 biji manakala 36 sarang lagi ditemui di sekitar kawasan pantai berkenaan dengan menghasilkan telur sebanyak kira-kira 3,000 biji.

“Kesemua telur penyu berkenaan telah dieramkan di pusat berkenaan termasuk sebanyak 3,000 biji yang dibeli dengan harga RM2.50 sebiji daripada pemajak yang dibiayai oleh Tabung Pelindungan Hidupan Luar Dunia (WWF),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada program gotong-royong membersih Pantai Santuari Penyu Ma’Daerah, Kerteh dekat sini hari ini.

Program yang bertemakan ‘Cakna Penyu Sokmo’ itu disertai kira-kira 300 peserta daripada Jawatankuasa Kerja Ma’Daerah yang terdiri daripada Jabatan Perikanan, BP Petronas dan WWF Malaysia untuk membersihkan kawasan pendaratan penyu itu yang telah diwartakan sejak Januari 2007.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s