Bungkusan nasi untuk ibu

Oleh Zaid Salim am@hmetro.com.my
TEKUN...anggota bomba mengusung mayat mangsa keluar untuk dihantar ke HSNZ bagi bedah siasat.
TEKUN…anggota bomba mengusung mayat mangsa keluar untuk dihantar ke HSNZ bagi bedah siasat.

MARANG Metro: Dua bungkus nasi untuk hidangan tengah hari menjadi pemberian terakhir Mohd Amri Sidek, 26, kepada ibunya sebelum terbunuh selepas tertimbus bersama jengkaut dipandunya dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kolah, Kampung Undang, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersendirian melakukan kerja mengaut tanah di bukit berkenaan sebelum disedari tertimbus jam 5.10 petang.

Ibu mangsa, Sapinah Yaakub, 55, berkata dia menerima berita sedih itu daripada anak perempuannya, Nor Sakirah Sidek, 12, selepas dimaklumkan penduduk kampung ketika anaknya itu pulang dari sekolah jam 5.20 petang.

“Saya terkejut apabila anak memberitahu kejadian itu kerana berlaku sekelip mata selepas arwah pulang ke rumah menghantar makanan tengah hari kepada saya jam 1.15 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Sapinah berkata, dia tidak menyangka kepulangan arwah ke rumah membawa dua bungkus nasi sebelum keluar semula ke bukit berkenaan jam 1.40 tengah hari adalah pertemuan terakhir mereka.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s