Iman, Amal terima RM15,600 seorang

ABDUL Rahin Mohd. Said menyampaikan cek Tabung Penyakit Kronik berjumlah RM15,600 kepada Raman Abdullah di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 2 Mei – Iman Adam Raman, 9, yang terlantar lumpuh di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir di sini menerima bantuan sebanyak RM15,600 daripada kerajaan negeri menerusi peruntukan Tabung Penyakit Kronik.

Bantuan itu memberi makna cukup besar buat bapanya, Raman Abdullah, 59, serta ibu, Nik Aini Mohd., 52, kerana ia dapat mengurangkan beban kewangan keluarga itu dalam menyediakan keperluan Iman.

“Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini pernah menziarahi keluarga kami,” katanya..

Raman yang bertugas sebagai Renjer Hutan menerima cek bantuan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said di rumahnya hari ini.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s