Kasut Sukan Menggantikan Selipar Beri Motivasi Remaja Kemaman

KEMAMAN, 2 Mei (Bernama) — Pemandangan sekumpulan remaja mengayuh basikal fixie dengan hanya berselipar atau sandal di sini bakal lenyap apabila kebanyakan mereka menerima kasut sukan bagi melakukan aktiviti berkenaan.

Hari ini, 627 remaja berkenaan menerima kasut sukan jenama Bata yang disumbangkan Menteri Beliau dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di sini.

Walaupun menunggang basikal fixie, yang menjadi kegilaan ramai remaja masa kini satu aktiviti riadah yang bagus, aspek keselamatan sering diabaikan oleh remaja terbabit tanpa memakai kasut yang sempurna.

Ketika mengadakan pertemuan dengan ahli kelab basikal itu pada Februari lalu, Ahmad Shabery terkejut apabila mendapati kebanyakan mereka lebih senang berbasikal fixie dengan memakai selipar, kasut sekolah dan ada juga yang menggunakan sandal.

Beliau yang risau dengan trend itu bersetuju untuk menyumbangkan kasut sukan jenama Bata bagi kegunaan ahli-ahli kelab basikal fixie di daerah itu demi keselamatan ketika beriadah, selain dapat mencungkil bakat baru sukan berbasikal di Terengganu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s