Fama Terengganu Adakan Kontrak Dengan Penanam Jagung

KUALA TERENGGANU, 3 Mei (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) buat julung kalinya akan mengadakan kontrak ladang dengan pengusaha ladang jagung di daerah Hulu Terengganu tahun ini.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata ia bertujuan untuk memastikan pengusaha ladang jagung mendapat harga yang baik disamping memastikan pasaran komoditi itu stabil.

“Kita akan bekalkan jagung-jagung ini kepada pemborong dan peniaga di seluruh negeri,” katanya kepada Bernama, di sini.

Hasan berkata pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya tiga tan metrik jagung sebulan.

Beliau berkata jagung bukan sahaja mendapat pasaran pasaran yang baik di dalam negeri tetapi juga di luar Terengganu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s