Isamuddin Ketuai Barisan Petinju Terengganu Ke Sukma 2012

KUALA TERENGGANU, 3 Mei (Bernama) — Pemenang pingat gangsa Sukan Malaysia (Sukma) 2010, Isamuddin Afif Mat Zaid akan mengetuai barisan sembilan petinju Terengganu ke Sukma 2012 di Kuantan, Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini.

Jurulatih Terengganu Ghazali Awang berkata Isamuddin boleh menjadi idola dan penyuntik semangat kepada pasukan negeri yang mana semua petinju lain pertama kali beraksi pada temasya dwitahunan itu.

Isamuddin yang menang gangsa pada edisi 2010 dalam kategori 49kg akan menyertai acara sama kali ini, katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.

Beliau berkata Terengganu meletakkan sasaran untuk meraih satu pingat emas dan satu gangsa pada Sukma 2012.

Bagi menghadapi temasya tersebut, katanya petinju negeri akan turut menjalani latihan di Thailand bagi memperbaiki prestasi mereka.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s