Mat Zan diarah ‘cuti rehat

Oleh MUSTAPA LAKAWA mustapa@kosmo.com.my


KRISIS dalaman yang melanda bola sepak Terengganu kini memasuki episod baharu apabila ketua jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris (gambar) direhatkan daripada membimbing pasukan itu sehingga 15 Mei ini.

Berita terbaharu itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh selepas pihak persatuan mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin.

Menurut Abdullah, keputusan untuk merehatkan Mat Zan dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk kegagalan Terengganu melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

“Ini bukanlah keputusan individu tetapi keputusan dibuat sebulat suara yang diputuskan oleh pengurusan PBSNT.“Dalam pertemuan itu juga, PBSNT turut memanggil beberapa pemain senior untuk mendapatkan sendiri pandangan mereka mengenai kedudukan Mat Zan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Abdullah lagi, ekoran keputusan untuk merehatkan Mat Zan, tugas untuk membimbing pasukan Terengganu kini diserahkan kepada penolong jurulatih, Khalid Mohd. Dahan.

“Mat Zan adalah seorang jurulatih yang berpengalaman dan pernah membantu Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001.

“Bagaimanapun, pihak persatuan perlu juga mengambil kira kepentingan PBSNT kerana sasaran awal kami adalah untuk menjulang tiga piala. Kini, Terengganu telah terlepas kejuaraan Piala FA,” ujarnya.

Ditanya adakah pihak persatuan bakal menyingkirkan Mat Zan, Abdullah tidak menolak kemungkinan itu sambil menyifatkan keputusan tersebut hanya boleh dibuat oleh pihak tertinggi PBSNT.

“Buat masa ini, kita hanya merehatkan Mat Zan hingga 15 Mei ini dan segala tugasannya sebagai ketua jurulatih akan diambil alih oleh Khalid buat sementara waktu,” tambahnya.

Untuk rekod, Mat Zan yang pernah membimbing Kuala Lumpur dan Pos Malaysia mula mengendalikan skuad Penyu pada awal musim ini bagi menggantikan Irfan Bakti yang berhijrah ke Selangor.

Di bawah kendalian Mat Zan, Terengganu ketika ini menduduki tangga ketiga Liga Super dan mara ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia, namun gagal dalam misi mempertahankan gelaran Piala FA selepas tewas memalukan di tangan Sime Darby minggu lalu.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

One Response to Mat Zan diarah ‘cuti rehat

  1. Pingback: Djohar: Tak Ada Alasan Menahan Pemain Memperkuat Timnas | ligaindonesia.biz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s