Terengganu bergelora

Oleh MANIRAH OTHMAN manirah.othman@kosmo.com.my

FORKEY DOE (kiri) tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Perak malam ini akibat kecederaan.

HANYA moral dan semangat pemain Tereng- ganu sahaja yang boleh memastikan kemena- ngan apabila turun menentang Perak dalam saingan Liga Super di laman sendiri malam ini kerana pasukan itu sudah mendapat cukup banyak tekanan.

Selepas gagal ke peringkat akhir Piala FA apabila tewas kepada Sime Darby sebelum ini, pasukan itu kini kehilangan jurulatih utama, Mat Zan Mat Aris yang direhatkan empat per- lawanan sehingga 15 Mei ini.

Pembantu jurulatih Terengganu, Khalid Mohd. Dahan yang kini memangku tugas Mat Zan memberitahu, selain itu, ramai pemainnya tidak dapat turun beraksi malam ini atas pelba- gai masalah.

“Francis Forkey Doe, Shamsul Kamal Mohamad, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Nordin Alias mengalami kecederaan, manakala Reeshafiq Alwi masih belum pulih sepenuhnya.

“Mazlizam Mohammad pula tidak boleh diturunkan sebab ada tiga kad kuning,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu katanya, sedikit perubahan taktikal dan formasi perlu dilakukan memandangkan ramai pemain utama yang tidak dapat diturunkan, namun beliau mengharapkan agar para pemain boleh menunjukkan aksi penuh semangat.

“Ketika ini kita tidak banyak kelebihan, jadi hanya moral dan semangat yang akan membantu pasukan Terengganu untuk bermain le- bih baik menentang Perak malam esok (malam ini),” katanya.

Jelasnya, peluang dengan Perak adalah 50-50 berdasarkan dua pertemuan sebelum ini yang mana Terengganu pernah tewas sekali dalam pertemuan Piala FA 0-1 dan menang 1-0 semasa pusingan pertama Liga Super di Perak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh menjelaskan, keputusan merehatkan Mat Zan dilakukan selepas pasukan tersebut tewas kepada Sime Darby, Selasa lalu.

“Saya hubungi dia melalui telefon selepas perlawanan itu dan saya minta dia berehat empat perlawanan,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s