Terengganu Sasar Pertahan Kejuaraan Kali Keempat Sukma

KUALA TERENGGANU, 3 Mei (Bernama) — Terengganu meletak sasaran untuk mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung di Pahang Julai ini.

Reputasi terbaik Terengganu setelah berjaya mencatat hatrik kejuaraan pada temasya yang lepas sedikit sebanyak memberi suntikan kepada semua atlet untuk mengekalkan kejuaraan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat bagaimanapun berkata rekod itu mungkin sukar dikekalkan berikutan beberapa acara yang membantu Terengganu merangkul tempat pertama sebelum ini tidak lagi dipertandingkan, antaranya sukan kenu.

Keadaan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha Terengganu mengekalkan kejuaraan, katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau yang kecewa kerana acara kenu yang banyak menyumbang emas untuk Terengganu tidak dipertandingkan kali ini, berkata persiapan untuk menghadapi Sukma kini berada pada fasa terakhir.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s