Karnival Candat Sotong-Kelab Berbasikal: Lancar serentak

Oleh Mohd Nasif Badruddin, Zatul Iffah Zolkiply dan Malik Muhamad – am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Majlis perasmian Karnival Candat Sotong Harian Metro (KCSHM) 2012 melakar sejarah baru apabila diadakan serentak dengan pelancaran Kelab Berbasikal Harian Metro (MCC) yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di Dataran Shahbandar, di sini, malam tadi.

Lebih bermakna, Ahmad turut berbasikal sembilan kilometer sekitar bandar raya ini bersama lebih 500 peserta yang datang dari seluruh negeri.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif (Berita) Harian Metro, Othman Mamat yang juga Pengerusi KCSHM.

Pertandingan candat sotong yang bermula jam 5 petang ini dan berakhir jam 7 pagi Ahad disertai lebih 300 peserta termasuk kategori korporat dan individu dari seluruh negara.

Karnival yang dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri itu mula diadakan pada 2010 di Dungun dan disenaraikan sebagai satu acara dalam kalendar pelancongan Terengganu bermula tahun ini.

Tahun lalu, ia mencatat sejarah tersendiri apabila majlis pelepasan peserta disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pulau Duyong, di sini.

Selain pertandingan mencandat sotong di laut, tapak karnival di Dataran Shahbandar juga berlangsung meriah dengan pelbagai program menarik disusun hingga esok seperti aktiviti gerai penaja dan sisipan Harian Metro, pertandingan dan pertunjukan audio kereta, pertandingan mewarna kanak-kanak, karaoke serta pertunjukan motosikal klasik.

Malam ini juga akan berlangsung konsert bertemakan ‘Riuh Di Laut, Riuh Di Darat’ di Dataran Shahbandar yang menampilkan persembahan artis popular tanah air iaitu Kumpulan May, Yantzen, Black Mentor, Ana Raffali serta Mat Over.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s