Saya Tidak Tertekan – Khalid Mat Dahan

KUALA TERENGGANU, 4 Mei (Bernama) — Jurulatih sementara Terengganu, Khalid Mat Dahan berkata beliau tidak tertekan atau menanggung bebanan sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris, yang direhatkan selama dua minggu.

Khalid berkata apa yang penting, beliau akan melakukan yang terbaik bagi mengekalkan prestasi pasukan Terengganu semasa ketiadaan Mat Zan.

“Buat sementara waktu, saya terima apa yang diamanahkan oleh pihak pengurusan,” katanya kepada Bernama.

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah merehatkan Mat Zan selama dua minggu mulai semalam bagi meredakan keadaan berikutan kegagalan pasukan itu melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA selepas tumpas kepada Sime Darby dengan agregat 1-2 pada saingan separuh akhir.

Khalid berkata tumpuannya kini ialah mempersiapkan pasukan Terengganu untuk menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam Jumaat.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s