Galak sektor pelancongan

Oleh MOHD NASIF BADRUDDIN dan ZATUL IFFAH ZOLKIPLY – am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Aktiviti candat sotong bukan sekadar mempopularkan Terengganu di mata dunia mengenai cara penangkapan hasil laut itu secara tradisional, malah mampu membawa pelancong dari seluruh dunia ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said percaya aktiviti unik itu mampu meningkatkan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara untuk menyelami pelbagai lagi aktiviti dan tradisi Terengganu yang tersendiri.

“Tahun depan, kita akan cuba bawa peserta luar negara pula untuk menyertai aktiviti candat sotong di negeri ini, seiring dengan Tahun Melawat Terengganu 2013.

“Aktiviti mencandat sotong bukan sekadar menambah pendapatan nelayan menerusi penyewaan bot, malah peniaga kecil turut meraih keuntungan menerusi pertambahan jualan perniagaan masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Candat Sotong Harian Metro (KCSHM) 2012 dan melancarkan Kelab Berbasikal Harian Metro (MCC) di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif (Berita) Harian Metro, Othman Mamat yang juga Pengerusi KCSHM.

Ahmad berkata, aktiviti berbasikal menerusi kayuhan santai pada waktu malam pula kian diminati ramai dan menjadi hobi baru di kalangan rakyat Terengganu tanpa mengira usia. “Program berbasikal ini baik untuk remaja kerana ia menghindarkan mereka daripada terjebak dengan perkara tidak elok dan pada masa sama memeriahkan bandar raya Kuala Terengganu,” katanya.

Mustapa berkata, Harian Metro mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terbabit menjayakan KCSHM, terutama kerajaan Terengganu yang terus memberi kepercayaan kepada akhbar untuk menganjurkan karnival berkenaan sehingga dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Terengganu.

“Harian Metro terpanggil untuk terus menganjurkan KCSHM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu kerana aktiviti candat sotong sangat unik dan hanya wujud di Terengganu.

“Pelancaran MCC pula bertujuan mendekatkan akhbar ini dengan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti berfaedah,” katanya.

Majlis pelepasan lebih 300 peserta candat disempurnakan Tengku Sri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud jam 5 petang semalam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s