Minta air sebelum maut

DUNGUN (Metro): “Dia sempat meminta air minuman daripada saya dan segera membawanya ke hospital,” kata seorang pengguna jalan raya, Azmi Abd Wahab, 47, menceritakan permintaan terakhir mangsa kemalangan maut, Ahmad Bukhari Mohd Nordin, 30, di Kilometer 87.2, Jalan Jerangau-Jabur, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat sini, kelmarin.

Azmi berkata, dia terserempak dengan kemalangan itu ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Bukit Besi, dekat sini, untuk ke Kuantan sebelum memberi pertolongan kepada mangsa dan isteri, Wan Asmahani Wan Ismail, 31, serta anak pasangan itu, Marisa Maisara, 11 bulan, selain menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat AMBS untuk mendapatkan bantuan.

Kemalangan jam 7 malam itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Ahmad Bukhari secara tiba-tiba memasuki laluan kanan jalan sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

“Saya tidak memberi minuman kepada mangsa kerana percaya orang yang cedera tidak boleh diberikan minuman, sebaliknya berusaha menenangkannya sementara menunggu kehadiran bomba,” katanya.

Katanya, beberapa minit selepas itu, anggota bomba yang tiba berusaha mengeluarkan mangsa dan isterinya yang tersepit di tempat duduk, manakala anak pasangan itu yang berada di tempat duduk belakang dibawa keluar oleh orang awam.

“Ini pengalaman pertama saya berdepan kemalangan maut dan saya sedih selepas mendapat laporan mangsa gagal diselamatkan serta meninggal dunia di klinik kesihatan berhampiran,” katanya.

Ahmad Bukhari yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Hasanah, Rompin, Pahang, disahkan meninggal dunia sejurus menerima rawatan di Klinik Kesihatan AMBS, jam 7.15 malam, kelmarin.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s