Hanya 11% kemuka laporan tahunan

KUALA TERENGGANU 6 Mei – Hanya kira-kira 11 peratus daripada 537 pertubuhan belia di negeri ini mengemukakan laporan tahunannya kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada tahun lalu.

Sehubungan itu, Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) mengingatkan peneraju pertubuhan-pertubuhan itu supaya menunaikan tanggungjawab itu untuk mengelakkan tindakan pembatalan dilakukan.

Pengerusi MBNT, Mat Yusoff Mat Ali berkata, jumlah yang mematuhi peraturan itu sangat kecil dan ia boleh mencerminkan keadaan pertubuhan yang tidak bermaya.

”Sehubungan itu, MBNT dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS) akan mengadakan gerakan bersama ke setiap daerah untuk memberi peringatan di samping membantu.

”Terdapat juga persatuan belia yang gagal menghantar laporan sejak ia berdaftar pada 2008 apabila Akta Pertubuhan Belia diluluskan pada 2007,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri 2012 peringkat negeri di Green Acress Golf Resort, Kuala Ibai di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Belia dan Sukan, Rusli Yusof.

Difahamkan ROY sedang dalam proses untuk menghantar surat peringatan kepada semua pertubuhan belia berdaftar di seluruh negara bagi memastikan badan tersebut mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Mereka akan diberi tempoh dua minggu untuk memberi laporan yang dikehendaki sebelum surat susulan yang membolehkan pertubuhan digantung sementara dan seterusnya dibatalkan jika masih gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Mat Yusof berkata, MBNT akan memastikan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah persatuan untuk dijadikan model ikutan yang boleh dibanggakan.

Katanya, bagi tujuan itu, MBNT dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan sedang meninjau persatuan yang aktif dan berpotensi untuk dibimbing menjadi sebuah persatuan yang berjaya.

Beliau berharap dengan cara itu, Terengganu dapat melahirkan sekurang-kurang 32 buah persatuan belia yang aktif setiap tahun yang sekali gus memberi peluang kepada ahlinya terlibat dengan pelbagai kegiatan ekonomi bagi menjana pendapatan persatuan.

”Tiada ada gunanya banyak persatuan belia ditubuhkan tetapi ia tidak berkualiti, sekadar hidup segan, mati tak mahu,” ujarnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s