Keselamatan Pulau Perhentian sentiasa terjamin – Jalaluddin

BESUT 7 Mei Utusan – Polis Kelantan akan memastikan Pulau Perhentian kekal menjadi pulau yang selamat untuk dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya melalui Pasukan Polis Marin (PPM) sentiasa mengadakan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pelancong yang datang ke pulau berkenaan.

Katanya, kes-kes jenayah yang dilaporkan di pulau tersebut amat kurang dan terkawal, selain keselamatan pelancong serta 2,000 penduduk di situ juga sentiasa terjamin.

“Memang pihak polis setakat ini ada menerima laporan berhubung kes jenayah, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan daerah lain. Semua pelancong yang melancong ke pulau ini tidak perlu bimbang kerana ia memang dalam keadaan selamat.

“Bagaimanapun, saya minta kepada pengunjung di sini, supaya tidak cuai dan sentiasa menjaga keselamatan harta benda mereka terutama ketika keluar beriadah di pulau ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s