Pemandu lori tersepit dua jam

SETIU (Metro): Sebuah lori membawa muatan 30,000 buah kelapa terbabas apabila tayar hadapannya pancit lalu merempuh tiang elektrik dan sebuah kedai pembekal bahan binaan, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, kejadian berlaku jam 8.30 pagi di Kilometer 75, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Air Sejuk, di sini.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila lori berkenaan gagal dikawal selepas tayar kenderaan itu pancit lalu merempuh tiang elektrik sebelum kepala lori memasuki sebuah kedai pembekal bahan binaan di kawasan itu.

“Pemandu lori itu, Nor Azmi Abdul Rahman, 35, mengalami kecederaan pada mata berikutan dimasuki debu simen selepas lori berkenaan merempuh timbunan bungkusan simen dalam kedai itu,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, pemandu lori berkenaan tersepit hampir dua jam di tempat duduk sebelum dikeluarkan anggota bomba.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala kelindan lori berkenaan yang berusia 30-an tidak mengalami kecederaan.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s