‘Saya berdoa ada orang nampak kami’

DUNGUN (Metro): “Saya berdoa agar ada orang nampak kenderaan kami yang terbabas kerana kawasan itu gelap dan jarang dilalui kenderaan,” kata Hasnah Mamat, 55, menceritakan detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Papan, kelmarin.

Hasnah berkata, ketika kejadian dia bersama anaknya, Mohd Faizul Hadi Mohd Bustaman, 32, dalam perjalanan dari Dungun ke rumahnya di Kampung Minda, di sini, pada jam 7 malam.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, dia terkejut mendapati jalan di situ sedang diperbaiki menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Hasnah berkata, setengah jam kemudian dia terdengar suara beberapa lelaki yang menjerit bertanyakan keadaannya sebelum mereka diselamatkan. “Saya bersyukur kerana selamat dan nasib baik salah seorang lelaki yang melalui kawasan itu ternampak kami lalu membantu mengeluarkan kami,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s