Kerajaan Terengganu Sumbang 20 Unit Komputer Untuk Mahkamah Tinggi

KUALA TERENGGANU, 10 Mei (Bernama) — Mahkamah Tinggi Terengganu pada Khamis menerima 20 unit komputer sumbangan kerajaan negeri untuk ditempatkan di makmal komputer mahkamah berkenaan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kemudahan itu bagi membolehkan rakyat yang mempunyai kes di mahkamah membuat semakan dan sebagainya melalui sistem online yang disediakan di makmal berkenaan.

“Dengan kemudahan komputer yang ada di mahkamah, orang ramai yang terlibat dengan perbicaraan bolehlah membuat rujukan dan sebagainya seperti bila kes mereka akan dibicarakan,” katanya ketika merasmikan makmal komputer dan majlis makan tengah hari dengan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis. Turut hadir Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin.

Ahmad berkata, pemberian komputer itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk membantu semua jabatan kerajaan melaksanakan penggunaan komputer sepenuhnya.

Mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan melaksanakan hukum hudud apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, Menteri Besar berkata itu hanya cakap-cakap politik PAS.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s