Kompleks Materniti HSNZ Siap Oktober Ini

KUALA TERENGGANU, 10 Mei (Bernama) — Kesesakan di wad bersalin sedia ada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka diatasi apabila siapnya Kompleks Materniti dengan kapasiti 308 katil pada Oktober ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Anwa Sulaiman berkat, ketika ini wad bersalin di HSNZ mempunyai hanya 100 katil sedangkan bilangan pesakit semakin ramai yang menyebabkan kesesakan.

“Kompleks setinggi enam tingkat itu adalah yang pertama di Pantai Timur, sebagai satu kompleks khas, pusat sehenti khusus untuk ibu hamil, ibu selepas bersalin dan bayi baru lahir,” katanya.

Kompleks bernilai RM115 juta itu yang turut dilengkapi bangunan tempat meletak kereta setinggi lima tingkat bersebelahannya mula dibina pada Disember 2008, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka HSNZ di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Kecemasan dan Trauma yang dinaik taraf sejak November 2009 dengan kos RM14.9 juta, sudah siap 99 peratus.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s