Letupan Loji Petronas: Jatuh dalam lubang

Oleh Mohd Nasif Badruddin, Zatul Iffah Zolkiply, Zaid Salim, Suhaidi Mohamed Amin, Khairul Hamizy Ramlee dan Mastura Abdul Manaf am@hmetro.com.my

DUNGUN: “Ketika kejadian kebanyakan pekerja berdiri di atas satu penutup lubang sebelum berlaku letupan menyebabkan sebahagian daripada mereka terjatuh ke dalam lubang sedalam lima meter.”

Demikian kata saksi kejadian letupan di tapak Loji Pemprosesan Gas (GPP) 3 di kawasan Perindustrian Petronas, Kerteh, di sini, yang menyebabkan seorang terbunuh dan sembilan cedera, dua daripadanya kritikal, kira-kira jam 3 petang semalam.
Saksi yang enggan dikenali itu berkata, akibat letupan yang berlaku tiga daripada pekerja terbabit yang ketika itu melakukan kerja di pelantar GPP 3, terjerumus ke dalam saluran paip gas menyebabkan ada yang badan mereka terbakar.

“Letupan itu menyebabkan sebahagian pelantar setinggi lima meter runtuh.

Mangsa yang meninggal dunia melecur teruk di seluruh badan dan berbau minyak diesel. Mungkin selepas terbakar dan jatuh ke dalam lubang yang ada air,” katanya.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Rosli Mansor, 31, dari Dungun manakala dua yang parah dikenali sebagai Khairul Amir Mohd Sidi, 23, dan Mohd Zamri Fitri Mat Noor, 25.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s