Kerajaan Sedia Lebih RM26 Juta Tingkatkan Kualiti YPK Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri menyediakan peruntukan lebih RM26.9 juta untuk meningkatkan kualiti Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu tahun ini.

Pengarah YPK negeri Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata peruntukan itu bertujuan melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah melahirkan usahawan YPK dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

“Jumlah yang disediakan oleh kerajaan itu menggambarkan betapa prihatin kerajaan terhadap pembangunan keluarga di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Seminar Transformasi Pekerja Cemerlang, di sini hari ini.

Seminar sehari itu dikendalikan oleh pakar motivasi Datuk Dr Fazilah Kamsah.

Mohd Shafaruddin berkata sehingga 10 Mei lalu, YPK melaksanakan sebanyak 331 program dan aktiviti untuk masyarakat antaranya pembangunan keluarga dan sosioekonomi.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s