T-Team hampir hilang tiga mata

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM amir.azam@kosmo.com.my

PEMAIN T-Team, Shahril Faizal (tengah) cuba melepasi kawalan dua pemain Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasirruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

MESKIPUN dipaksa berhempas pulas, T-Team berjaya mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan pasukan tercorot Liga Super, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasirruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Skuad kendalian Yunus Aliff itu berjaya memperoleh gol seawal minit pertama menerusi pemain import, Marco Tulio.

Namun, kealpaan pemain tuan rumah memberi ruang kepada Kuala Lumpur untuk bangkit, sekali gus memperkemaskan rentak permainan.

Penyerang Kuala Lumpur, Muhd. Afiq Azmi menghukum benteng pertahanan T-Team menerusi larian pantas untuk mengikat kedudukan pada minit ke-23 dengan menumpaskan penjaga gawang, Mohd. Iqbal.

Bagaimanapun, pada minit ke-75, Norfazly Alias berjaya mengatasi perangkap ofsaid pemain pertahanan Kuala Lumpur dengan menanduk masuk bola ke gawang.

Yunus memberitahu, pemain-pemain kelihatan tertekan apabila pasukan pelawat mendapat gol semangat, sekali gus menyebabkan mereka hilang tumpuan di atas padang.

“Saya sudah mengingatkan para pemain agar tidak terlalu ‘santai’ dalam permainan kerana ia akan memberi peluang kepada pihak lawan untuk memperoleh gol terutama apabila kami mendahului seawal minit pertama.

“Apabila Kuala Lumpur menyamakan kedudukan, kita sudah hilang arah dan tidak bermain mengikut strategi yang diterapkan. Mujur ada Rosdi Talib dan Tulio untuk membantu menggerakkan semula permainan pasukan,” katanya.

Yunus berkata, para pemain perlu bangkit dan meningkatkan keyakinan diri apabila bertandang ke Sabah malam esok.

“Sabah bukan calang-calang pasukan dan sejarah telah membuktikan bahawa kami sukar untuk meraih kemenangan apabila bertandang ke sana (Stadium Likas).

“Saya akan merangka strategi sebaik mungkin kerana kita berdepan kemelut kecederaan pemain-pemain. Mereka perlu bersedia dalam mengharungi perlawanan ketika menentang Sabah,” ujarnya.

Yunus memberitahu, dia berharap penyerang akan mengambil peluang yang diperoleh apabila berdepan gawang lawan.

Katanya, dia masih bersyukur kerana T-Team berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan menentang Kuala Lumpur.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s