Pakar Kulit HSNZ Usaha Rawat Penyakit Kulit Md Rahim

MARANG, 15 Mei (Bernama) – – Penderitaan yang dialami Md Rahim Jatim, 57, yang diserang penyakit misteri sejak 23 tahun lalu hingga menyebabkan keseluruhan badannya ditumbuhi benjolan daging, akhirnya mendapat perhatian pakar perubatan kulit Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Chong Yew Thong.

Dr Chong, yang melawat Md Rahim di Kampung Jerung Seberang di sini, akan melakukan pemeriksaan rapi terhadap Md Rahim, termasuk melakukan imbasan menggunakan mesin pengimbas tercanggih, untuk mengesan punca sebenar penyakit kulit yang dideritai bapa tiga anak itu.

Md Rahim mengalami sakit kulit yang misteri dan kronik atau nama saintifiknya ‘neurofibromatosis’ sejak berumur 30 tahun.

Dr Chong berkata penyakit yang dideritai Md Rahim adalah akibat keganjilan genetik dan penyakit itu boleh diwarisi melalui keturunan dan sangat jarang berlaku dengan nisbah 1: 4000 penduduk di seluruh dunia.

“Sepanjang karier saya sebagai pakar perubatan kulit, kes Md Rahim ini adalah yang paling teruk dan kronik kerana keseluruhan badannya ditumbuhi benjolan ini. Dari hujung kaki hingga kepala semuanya dipenuhi benjolan ini.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s