Garis Panduan Tertentu Dalam Sektor Minyak Dan Gas Akan Ditingkatkan

KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) — Kementerian Sumber Manusia akan meningkatkan garis panduan tertentu dalam sektor minyak dan gas di negara ini memandangkan sektor itu memerlukan tahap keselamatan dan spesifikasi risiko yang tinggi dalam pengendaliannya.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian memandang serius tahap keselamatan pekerja semasa bertugas dalam sektor ini kerana sudah dua kes berlaku melibatkan industri berkenaan dalam tempoh dua bulan.

Katanya kerajaan dan kementerian melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sememangnya memberi tumpuan yang tinggi kepada tahap keselamatan dalam semua industri, khasnya sektor minyak dan gas.

“Walaupun kita sudah sediakan garis panduan tertentu yang sepatutnya dipatuhi, akan tetapi sekiranya ada keperluan memperbaiki untuk elakkan insiden sedemikian berlaku, kita akan buat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menghulurkan bantuan kepada Mohd Zamri Fithri Mat Noor, 25, yang masih koma akibat letupan loji gas di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Selasa.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s