Khairul Anuar Jadi Anak Terengganu Keempat Layak Ke Olimpik

KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) — Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menjadi anak Terengganu keempat layak ke Olimpik London menyusuli seorang lagi pemanah, Nur Shafiqah Hashim dan dua atlet berbasikal, Azizulhasni Awang serta Fatehah Mustafa.

Khairul Anuar, 21, bersama Cheng Chu Sian dan Haziq Kamaruddin layak secara merit ke temasya itu selepas trio tersebut meraih tempat kesembilan pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali, baru-baru ini.

Menyifatkan kejayaannya itu sebagai hasil kerja keras dan prestasi konsisten, anak muda dari Kampung Pasir Gajah, Kemaman tersebut bagaimanapun tidak mensasarkan sebarang pingat pada temasya sukan terbesar dunia tersebut.

“Saya tidak mensasarkan pingat, kerana masih baru dalam acara ini dengan usia masih muda dan ditambah dengan kurang pengalaman. Saya risau naik begitu mendadak dan oleh itu saya juga tidak mahu jatuh dengan cepat,” katanya kepada Bernama, di sini pada Selasa.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s