Peter Butler Optimis Letak Skuad Penyu Pada Kedudukan Terbaik Dalam Saingan Liga Super

KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) — Ketua jurulatih bola sepak Terengganu yang baru, Peter Butler optimis meletakkan skuad Penyu itu pada kedudukan selayaknya dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Kehadiran Butler, 46, yang menduduki kerusi panas Terengganu bukan lagi spekulasi apabila jurulatih itu disahkan mengisi tempat yang dikosongkan pengendali sebelum ini, Mat Zan Mat Aris mulai semalam.

“Mudah-mudahan saya akan membawa sukses kepada Terengganu dengan sedikit perubahan dibuat. Pemain juga perlu bekerja keras dan mempunyai disiplin bagi meraih kejayaan pasukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Jurulatih yang berasal dari Halifax, England itu secara rasmi akan memulakan tugas pertamanya pada 1 Jun dengan dibantu penolong jurulatih Khalid Mohd Dahan. Kontrak Butler selama 18 bulan itu akan berakhir pada 30 Nov 2013.

Sebelum memilih Terengganu, Butler yang merupakan bekas jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan pernah mengemudi Kelantan pada 2009 dan berhijrah melatih kelab Yangoon United FC dari Myanmar sebagai pengarah Teknikal selama setahun.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s