Seramai 1,466 Peneroka Di Empat Felda Hulu Terengganu Terima Durian Runtuh Rm7.33 Juta

HULU TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) — Seramai 1,466 peneroka di empat tanah rancangan Felda di sini menerima ‘durian runtuh’ berjumlah RM7.33 juta, sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.925 juta diserahkan kepada 585 peneroka Felda Bukit Bading, RM1.835 juta (367 peneroka Felda Jerangau Barat), RM1.645 juta (329 peneroka Felda Mengkawang) dan RM925,000 (185 peneroka Felda Tersat).

Majlis penyerahan replika cek disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di Felda Jerangau Barat di sini semalam.

Bagi 101 peneroka di Felda Jerangau Barat, majlis itu memberi keriangan berganda kepada mereka kerana turut menerima geran hak milik tanah tapak kediaman dan tanah ladang seluas lebih empat hektar.

Peneroka yang ditemui, Chik Mamat, 64, dan isterinya Ramlah Mohamad, 58, berkata penantian mereka selama 30 tahun ternyata berbaloi apabila menerima geran hak milik tanah itu daripada Menteri Besar sendiri.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s