Bomba Galakkan Orang Ramai Simpan Pemadam Api Dalam Kenderaan

KUALA TERENGGANU, 16 Mei (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggalakkan orang ramai menyimpan pemadam api di dalam kereta berikutan peningkatan kes kebakaran melibatkan kenderaan.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Terengganu Rozizah Ibni Hajar berkata sehingga Mei tahun ini, pihaknya mencatat 28 kes kebakaran melibatkan kenderaan persendirian.

Beliau berkata jumlah ini sebenarnya menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu iaitu 52 kes yang kebanyakannya berpunca daripada pendawaian litar pintas elektrik.

“Walaupun jumlah setakat ini menunjukkan penurunan, namun kita tetap menyarankan agar pemilik kenderaan persendirian meletakkan alat pemadam di dalam kereta bagi membolehkan mereka membuat langkah pencegahan awal.

“Selain itu, kita juga mengharapkan orang ramai sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik setiap masa sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya kepada Bernama hari ini.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s