YPU Tawar Hampir 70 Premis Kilang Kepada Usahawan Terengganu

Oleh Ibrahim Abu Bakar

KUALA TERENGGANU, 16 Mei (Bernama) — Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menawarkan hampir 70 premis termasuk unit kilang, inkubator, pusat perniagaan dan lot perniagaan kepada pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk berkecimpung dan memperkasakan arena perniagaan di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Rosol Wahid berkata, bagi meningkatkan sumber ekonomi pengusaha IKS, premis-premis berkenaan terletak di daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Terengganu.

“Semua premis itu hampir dipenuhi dan YPU merancang membina lebih banyak lagi premis seumpama itu pada masa akan datang memandangkan sambutan dilihat menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis penutup kursus pengurusan premis/kilang cemerlang di dewan utama YPU di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik.

Rosol yang juga Adun Telemong berkata, daripada jumlah itu, 14 unit inkubator industri desa, 33 unit kilang IKS (teres), lima unit kilang IKS (berkembar), dua unit pusat perniagaan dan tujuh unit lot perniagaan telah diambil oleh pembeli.

Sehubungan itu, bagi memberi galakan pengusaha IKS untuk terus berdaya saing, katanya kerajaan negeri sedaya upaya membantu usahawan agar mereka mampu memulakan perniagaan di premis-premis yang mampu disewa terutamanya para usahawan kecil yang baharu bermula.

Melihat dari sambutan itu, beliau berkata ini menunjukkan yang semakin ramai usahawan terlibat dalam industri pengilangan di negeri ini khususnya usahawan Bumiputera.

Katanya satu lagi penempatan baru untuk usahawan iaitu Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) juga telah siap dibina dan dalam proses pengisian, sekaligus akan menarik minat usahawan di negeri ini.

Antara pengisiannya, katanya ia akan menjadi sebuah Pusat Teknologi Maklumat (ICT) dan juga sebagai Kota Batik yang sedang dalam proses pengubahsuaian terakhir.

“KUT akan dijadikan satu penempatan atau pusat perniagaan yang baru untuk mengembangkan lagi perniagaan dan produk IKS Terengganu.

“Ia dijangka mula dilancar serta beroperasi sekitar Jun nanti,” katanya.

Rosol berkata YPU juga telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah pasaraya rakyat dinamakan “T-Mall” di Kuala Berang untuk membantu usahawan memasarkan produk IKS tempatan yang selama ini tidak begitu menonjol.

Selain itu, beliau berkata usahawan perlu mengamalkan sikap Amalan Pengilangan Islam jika ingin bersaing dengan golongan bukan Islam.

“Erti kata lain, setiap pergerakan dan apa sahaja yang dilakukan adalah selaras dengan amalan dan hukum Islam,” katanya.

Ini adalah sesuatu atau hak mutlak usahawan sebagai individu Islam sahaja di mana ia tidak dapat diperolehi oleh pengusaha bukan Islam, katanya.

“Sekadar halal sahaja tidak lagi mencukupi jika ingin bersaing dengan golongan bukan Islam. Mereka perlu peka dan menitikberatkan segala aspek,” katanya.

Beliau berkata usahawan perlu sedar dan mengambil peluang ini agar mereka tidak ketinggalan dan mampu bangkit berdaya saing.

“Usahawan juga perlu mengamalkan amalan pengilangan yang baik untuk menjamin produktiviti dan meningkatkan daya saing agar produk mereka mampu pergi lebih jauh.”

Dalam kursus sehari itu, kira-kira 70 orang usahawan dari seluruh Terenggganu hadir mendengar taklimat usahawan.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Ekonomi & Keusahawanan, Kerajaan & Pentadbiran, Rencana. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s