Adibah berjaya usahakan T’shoppe

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI utusanterengaanu@utusan.com.my

Adibah Shairah (kanan) bersama kakitangannya memeriksa rekod jualan runcit T’shoppe miliknya.

KUALA TERENGGANU 14 Mei – Bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan sebagai jaminan masa depan, Adibah Shairah Ahmad, 29, percaya jalan terbaik adalah melalui perniagaan.

Namun, tentunya bukanlah suatu yang mudah kerana ia menuntut kesungguhan, modal, perniagaan yang berdaya maju serta kedudukan premis yang strategik, apatah lagi tanpa sebarang pengalaman.

Justeru, apabila Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu membantu kelahiran usahawan kecil dalam sektor peruncitan secara terancang, Adibah tidak melepaskan kesempatan itu dengan memanfaatkan segala kemudahan dan bimbingan yang disalurkan.

Beliau turut serta dalam perniagaan runcit T’shoppe, projek Flagship di bawah Sektor Peruncitan YPU yang digerakkan oleh CAKNA Sdn. Bhd. (CSB) secara perniagaan berlesen ke arah perniagaan francais.

Berbeza dengan kedai serbaneka yang lain T’shoppe turut menyediakan khidmat jualan produk industri kecil dan sederhana yang diusahakan oleh usahawan tempatan sebagai serampang dua mata.

Impian kedua orang tuanya agar mempunyai perniagaan keluarga sendiri akhirnya terlaksana apabila Adibah tidak menoleh kebelakang lagi dan memulakan perniagaan itu sejak dua tahun lalu.

Bermodalkan RM14,000 ketika itu, Adibah dengan bantuan keluarga dan rakannya, mula menubuhkan DBSB Trading Sdn. Bhd., di Durian Burung dekat sini dengan lapan orang pekerja.

T’shoppe kendalian keluarganya mampu mencatatkan jualan menjangkau RM3,000 hingga RM10,000 berbanding pada awal pembukaannya hanya RM700 sehari.

Adibah, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan), Universiti Malaysia Terengganu tidak pernah mengimpikan perkembangan perniagaan keluarganya berkembang pesat.

Anak sulung pasangan Ahmad Ali, 54 dan Safiah Yusuff, 52 itu sangat terhutang budi kepada YPU yang turut menyuntik modal awal melalui pinjaman kepadanya sebanyak RM77,000 merangkumi bantuan peralatan, stok serta latihan keusahawanan.

Katanya, bantuan yang disalurkan oleh YPU membolehkan T’shoppe cawangan Durian Burung itu menjual hampir kesemua jenis barangan keperluan pengguna.

Katanya, kedai serbaneka 24 jam ini juga menyediakan perkhidmatan fotostat dan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) menjadikan kedai ini tumpuan pelanggan setiap hari.

“Melalui peruntukan yang disalurkan, kita melengkapkan kedai ini dengan pelbagai barangan dengan kemudahan teknologi moden dan terkini seperti Sistem Point Of Sale, Iventori, sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) dan lain-lain kemudahan serta peralatan bagi memudahkan pengendalian operasi perniagaan.

“T’shoppe ini juga unik apabila turut menyediakan ruang peragaan dan pemasaran khusus bagi produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan terutamanya berasaskan makanan, kesihatan dan barangan keperluan harian,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Biarpun baru bertapak, komitmen tinggi keluarga Adibah terhadap kedai rangkaian T’shoppe Durian Burung itu mampu turut memberi tuah kepadanya apabila diumumkan penerima Anugerah Khas Usahawan Flagship YPU sempena Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) 2011.

Penghargaan yang diterima itu memberi rangsangan bagi Adibah memperluaskan lagi perniagaannya pada tahun ini apabila merancang membuka cawangan T’shoppe pertamanya di kawasan Cendering tidak lama lagi.

“Jika mahu membuka kedai serbaneka 24 jam seperti francais terkemuka lain, modal berpuluh ribu ringgit diperlukan namun, melalui rangkaian T’shoppe ini dengan modal serendah RM14,000 sebuah kedai sudah boleh dibuka dan bayaran balik yang tidak membebankan.

“Namun, bantuan itu tidak harus disia-siakan. Selain itu, latihan serta kursus keusahawanan yang diberikan banyak membantu usahawan muda seperti saya,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s