Lelaki disyaki khalwat hayun parang elak ditahan

KUALA TERENGGANU (Metro): Seorang lelaki bagaikan dirasuk iblis apabila bertindak di luar batasan dengan menyerang sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang cuba menahannya atas kesalahan khalwat dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Tok Kaya, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian jam 9.20 malam, seorang anggota penguat kuasa nyaris ditetak apabila suspek berusia 27 tahun mengamuk sebaik menyedari kehadiran anggota pasukan terbabit di rumahnya.

“Operasi diketuai seorang pegawai bersama tujuh anggota penguat kuasa ke kediaman itu untuk menahan suspek yang mempunyai waran tangkap dalam satu kes khalwat sebelum ini.

“Kejadian berlaku apabila suspek dikenali sebagai Abang John tiba-tiba naik angin apabila pintu rumahnya diketuk ketika dia menonton televisyen bersama seorang wanita bukan mahram dipercayai teman wanitanya,” katanya.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, suspek yang bekerja sebagai peniaga menyorok dalam almari di rumah itu bagi mengelak dicekup.

Bagaimanapun, katanya, suspek tiba-tiba keluar dari almari itu melemparkan kata-kata kesat dan mengugut mahu menetak anggota penguat kuasa sambil meluru ke bahagian dapur untuk mendapatkan sebilah parang.

“Suspek kemudian menghayunkan parang berkenaan ke arah pasukan penguat kuasa menyebabkanseorang anggota wanita nyaris terkena tetakan itu.

“Bukan itu saja, suspek terus bertindak agresif apabila mengejar pasukan penguat kuasa terbabit dan merosakkan cermin van jabatan berkenaan dengan menggunakan senjata sama,” katanya.

Bimbang kejadian lebih buruk berlaku, semua anggota penguat kuasa bertindak melarikan diri dengan memecut van berkenaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini. Manoharan berkata, suspek ditahan jam 11.30 pagi semalam ketika minum di sebuah gerai di Jalan Hiliran, di sini, selepas mendapat maklumat daripada anggota Rakan Cegah Jenayah Terengganu mengenai kehadiran suspek di premis itu.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s