PKT akan bangunkan kampus lebih kondusif

KUALA TERENGGANU 14 Mei – Politeknik Kuala Terengganu (PKT) yang kini beroperasi di tengah pusat bandar raya ini akan dipindahkan ke kampus baru yang lebih selesa dan kondusif bagi menampung pertambahan pelajar.

Pengarahnya, Radiah Che Su berkata, kampus PKT sekarang di bangunan yang disewa dari Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu agak terhad untuk menampung perkembangan institusi itu dan menyediakan kemudahan asas.

Katanya, pada masa ini PKT turut beroperasi di tiga lagi premis berhampiran kampus induk untuk menampung bilangan pelajar.

‘‘Pada masa ini PKT mengamalkan konsep menyewa bangunan untuk dijadikan kampus dan berharap bangunan yang lebih besar dengan persekitaran luas dan selesa diperoleh untuk menggantikan kampus sedia ada. Beberapa perbincangan telah diadakan untuk menyewa bangunan yang dikenal pasti,” katanya selepas Majlis Konvokesyen PKT kali ke-11 di Taman Tamaddun Islam (TTI) di sini.

Upacara itu disempurnakan Datuk Bandar, Datuk Adzlan Mohd. Dagang.

Hadir sama Pengarah Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Mohd. Rashahidi Mohamood.

Katanya, ekoran masalah itu juga ada pelajar dari luar Terengganu yang terpaksa menarik diri kerana menghadapi masalah penginapan.

Beliau menambah, berikutan keadaan itu, PTK hanya menampung 474 pelajar berbanding 1,000 tempat yang disediakan.

Pada majlis itu, seramai 187 graduan menerima sijil masing-masing dengan 175 graduan menerima Sijil Kejuruteraan Elektrik dan 12 orang menerima Sijil Teknologi Maklumat.

Mereka merupakan kumpulan pelajar terakhir di peringkat sijil kerana mulai tahun 2013, PTK akan melahirkan graduan sulung di peringkat diploma dalam kursus sama.

Pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik, Solehuddin Al-Ayubi Mohammad menerima Anugerah Pengarah Politeknik serta Anugerah Pingat Ketua Jabatan dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s