Terengganu Jangka Dominasi Acara Berbasikal Sukma 2012

KUALA TERENGGANU, 17 Mei (Bernama) — Terengganu yakin bakal mendominasi acara berbasikal Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Pahang, Julai ini, kata Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Datuk Ahmad Sidi Ismail.

Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan pencapaian terbaik pasukan lumba basikal Terengganu dalam kejohanan Jelajah Malaysia baru-baru ini dengan menduduki tempat ke-11 keseluruhan.

“Kalau antara pasukan di Malaysia, kita menduduki tempat pertama dan di Asia pula kita menduduki tempat keenam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan piala Jelajah Malaysia kepada pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Zainal Abidin Hussin di sini Khamis.

Ahmad Sidi berkata walaupun tidak menaiki podium, kejayaan pasukan Sukma Terengganu itu menunjukkan petanda yang baik ke arah mengungguli acara berbasikal di kejohanan itu nanti.

Beliau berkata pelumba Terengganu telah menunjukan kekuatan yang seimbang dan melaungkan amaran kepada pasukan lain yang akan bertanding di kejohanan itu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s