Petani Bimbang Pokok Kelapa Rosak Kerana Diserang Ulat

MARANG, 18 Mei (Bernama) — Sekumpulan pengusaha tanaman kelapa di Kampung Tengah, Jambu Bongkok dekat sini, berdepan masalah serangan ulat yang menyebabkan pokok kelapa kering dan kurang mengeluarkan buah sejak dua bulan lepas.

Ketika ditemui Bernama Jumaat, Aminah Mohd, 60, berkata serangan ulat tersebut bukan sahaja merosakkan daun tetapi juga menyebabkan air buah kelapa muda terasa payau dan busuk.

“Putik kelapa pula gugur kerana kepanasan,” katanya yang menanam lebih 100 batang pokok di atas tanah seluas 1.2 hektar.

Katanya serangan ulat terbabit pernah berlaku dua tahun lepas membabitkan semua tanaman kelapa di kampung tersebut, namun masalah itu hanya berlaku sekejap dan pokok terlibat kembali pulih.

“Kami bimbang jika masalah ini berterusan akan menjejaskan bekalan kelapa untuk musim raya nanti,” katanya yang bergantung hidup sepenuhnya pada kebun kelapa tersebut.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s