Pil kuda dalam bekas kuih raya

KUALA BERANG (mETRO): Taktik licik seorang lelaki menyimpan pil kuda dalam bekas kuih raya dan menyembunyikannya dalam almari di rumah keluarganya dihidu pihak berkuasa yang menyerbu kediaman itu, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, hasil risikan dan maklumat awam satu serbuan dilakukan jam 2.05 petang di sebuah rumah di Kampung Butut, di sini.

Menurutnya, dalam serbuan itu seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan di rumah keluarganya dan pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai bahan terlarang.

“Pasukan serbuan kemudian melakukan pemeriksaan lanjut ke atas sebuah almari di dapur rumah itu dan menjumpai satu bekas kaca berwarna putih.

“Sebaik dibuka bekas kaca bercorak bunga bertudung plastik itu polis menjumpai dua peket plastik biru dengan satu peket plastik terbabit mengandungi 168 pil,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini, semalam.

Menurutnya, satu peket lagi berisi satu plastik lut sinar berangkai 10 dan setiap paket mengandungi 10 pil merah dipercayai dadah dan jumlah keseluruhan rampasan 268 pil dipercayai pil kuda.

Katanya, helah suspek menyembunyikan dadah dalam bekas kuih raya dan menyimpannya dalam almari bagi mengelak ditemui polis gagal dan lelaki itu kini direman seminggu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, lelaki itu baru tiga bulan terbabit pengedaran dadah dan ujian air kencing mendapati suspek negatif penyalahgunaan dadah.

“Semua dadah dirampas bernilai RM8,040 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih lima tahun penjara dan diwajibkan sebatan tiga hingga sembilan kali,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s